
Syarat dan Peraturan
Semua pelanggan diwajibkan mengisi daftar kemasukkan di kaunter pendaftaran, dan memberikan maklumat yang diperlukan.
Digalakkan bagi kumpulan yang besar untuk menyediakan senarai pelanggan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pendaftaran.
Semua pelawat atau saudara-mara pelanggan yang tidak berdaftar, sila lapor diri bagi pendaftaran dan membuat bayaran berasingan.
1. ❌⛏️🕳️Tidak dibenarkan mencangkul di sekeliling kawasan khemah.
2. ❌🔥⛳ Tidak dibenarkan membuat pembakaran terbuka (BBQ/Unggun Api) di kawasan berumput.
✅🔥🏝️Pembakaran hanya dibenarkan di kawasan berpasir sahaja.
3. ✅✅ Hanya tempat BBQ dengan ketinggian melebihi 1 kaki dibenarkan untuk BBQ.
Ini bagi memastikan kawasan rumput tidak rosak.
4. 🧳👀Sila pastikan anda telah mengambil semua barangan anda sebelum mendaftar keluar dan meninggalkan premis. Tapak perkhemahan ini tidak akan menanggung liabiliti terhadap sebarang kehilangan barangan peribadi, kecurian, atau rosak akibat dari kecuaian.
5. 🚫🐷🍻Produk berunsur khinzir dan minuman keras tidak dibenarkan di kawasan premis.
6. 🌂🍽️🧹Sila kembalikan semua peralatan yang dipinjam ke tempat asal.
7. Anjing tidak dibenarkan dalam kawasan premis.
8. 🍼🥄🔪🍽️ Sila basuh semua pinggan mangkuk/peralatan memasak di sinki kantin/tandas luar yang disediakan.
9. Sila tanggalkan semua tali yang anda ikat di kawasan tapak khemah, chalet pokok atau gazebo.
10. Sila tanggalkan kasut/selipar sebelum memasuki;-
=> chalet : di tangga sebelum menaiki balkoni.
=> asrama : di tangga sebelum memasuki asrama.
=> dewan/musollah : sebelum masuk pintu.
11. Setiap unit chalet dihadkan kepada bilangan penghuni dibenarkan sahaja.
Bilangan penghuni yang lebih dari dibenarkan, sila gunakan tandas asrama.
12. Sila kunci semua tingkap dan pintu semasa daftar keluar dan pulangkan kunci ke pendaftaran.
13. Memasak menggunakan dapur gas mudahalih sahaja dibenarkan di balkoni chalet.
14. Jangan buang sampah diatas tanah atau dalam sungai.
Sila buang semua puntung rokok dan sampah di tempat yang disediakan.
